Unclassified_Page

this is unclassified... do not leave this page until u read it... or u'll have a short life... kahkahkah... no lah la.. just kidding

putus asa....

keh3...
meskipun PTD dah mengguris hati....
namun pakteh masih lagi blom berputus asa....
beliau terus berusaha untuk menempatkan dirinya
di kalangan penjawat-penjawat awam yang lain...
cewah... ayat karangan ni beb....

aku pun terus la godek2 internet...
terjumpala offer cikgu mara...
ataupun nama saintifiknya
'pegawai pendidikan siswazah'
kah3....

ni nak menyambung kesinambungan.....
keturunanku sebagai warga pendidik....
adush....
tapi xpa... asal ada nekad dan usaha beserta doa....
insyaAllah berjaya...

bersempena dgn itu...
aku masuk lagu ni untuk korang dengar n amek paham...
betapa beratnya tugas dan tanggungjawab sebagai guru ni...
kah3... mehla weh dengar...





PTD lagi.....

errmmm..
lama dah xbercoret cerita2 basi...
ada yg dah basi sangat dah...
kalo pulut, mmg sengaja dibasikan...
sbb lagi sedap yg basi drpd yg elok....
(pulut basi=tapai) kahkahkah

2 3 ari lepas masuk la web SPA....
tengok ade dah result exam PTD yg aritu...
tengok 1st word pun da sangat mengguris....
dukacitanya lah sangat....
tetiba terasa nyesal lak sebab xbuat btoi2 masa PAC dulu....
ni dah amek exam byk kali pon xleh dapat lagi....
hancus...

RAYA

selemat ari raya
maaf zahir dan batin
raya aku tahun ni amat bermakna
terima kasih kepada mereka2 yang terlibat
kepada dia...
tq sangat2 di atas kesudianmu....

ramadhan

salam ramadhan...
entah mengapa diri ini menjadi semakin panas...
selalu sangat nk marah org...
anger yg xbley nk control dah...
sket2 nk hot...
adakah ni yg dinamakan dugaan ramadhan...
ishk2... sampai peringkat bos pun kena sound dah...
hampes gak... maunya dibuang aku keja...
mampoih!!!!

besday kakak

ari ni besday kakak...
maka aku pun bebuka la kat umah bg lan...
sekali dgn sedara mara kaksu...
xketinggalan kak2 aku n adik aku...
ni ade roll sket pic...
nk dijadikan alasan...
tgh dok best2 amek pic...
bateri lak abeh...
trus mapoih fon aku...
siot tul...
dugaan2...


ni besday girl bosan dok tunggu org bebuka




lambatnye nak potong kek




da siap tukar baju neh




kak ya pun tumpang sekaki



posing x hengat


kek yg telah berjaya dijahanamkan

balik kampung

setelah sekian lama di perantauan,
ari jumaat aritu aku pun balikla ke kampong...
tu je la nk btau...
kahkahkah...
sungguh best membuang masa ya....
kahkahkah

Langkah-Langkah Memohon Petunjuk

SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.

Lafaz Niat


Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah,
Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had


Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)
melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini


Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat



SOLAT SUNAT HAJAT

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

NIAT SOLAT HAJAT


Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.


Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.


Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

Doa Solat Istikharah




"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."


Menjaga Kerahsiaan rumah tangga

Rumah tangga perlu dibina berasaskan kepada nilai-nilai murni yang cukup sempurna kerana rumahtangga yang sempurna dan bahagia akan mampu menjamin lahirnya suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak yang berkualiti. Untuk itu seharusnya suami isteri membuat persediaan secukupnya berkenaan ilmu rumahtangga untuk diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga. Betapa tidak, rata-rata ibu bapa tidak begitu serius dalam mengendalikan urusan rumah tangga mereka. Cukuplah sekadar menyediakan makan pakai serta menguruskan persekolahan anak-anak tanpa mementingkan unsur kasih sayang dan merapatkan hubungan antara kesemua ahli keluarga. Kesannya berlakulah kes perceraian yang bukan sahaja melibatkan golongan muda bahkan yang sudah tua. Malah yang lebih menyedihkan, kerosakan rumah tangga ini menyebabkan pelbagai isu serius timbul seperti penderaan terhadap isteri, anak, sumbang mahram dan seumpamanya.


Mengawal Sikap

Kebijaksanaan suami isteri dalam mengendalikan rumah tangga adalah aspek yang paling penting dalam menjaga kerukunan sebuah keluarga kerana di antara unsur yang boleh mengganggu hubungan kasih sayang ialah kegagalan pihak suami atau isteri dalam menjaga rahsia rumahtangga di mana banyak sekali rumah tangga yang kucar-kacir disebabkan suami atau isteri yang bersikap suka menjaja dan menyebarkan rahsia pasangannya kepada orang lain.

Hakikat Rahsia

Hakikat rahsia rumahtangga yang dimaksudkan sebenarnya adalah terbahagi kepada beberapa bentuk yang perlu diketahui kedudukannya seperti:

1. Rahsia khusus:


Rahsia-rahsia khusus adalah hal peribadi yang diminta secara khusus oleh suami atau isteri kepada pasangannya supaya dirahsiakan. Iamam al-Ghazali ada mencatatkan di dalam kitabnya Mukasyafatu al-Qulub tentang beberapa tafsiran ulama mengenai perintah Allah kepada orang-orang mukmin supaya menjaga dan di mana antara amanah itu ialah “satu perkataan atau ayat” yang diamanahkan supaya dijaga dan dirahsiakan. Maka wajib menjaga amanah tersebut. Begitu juga sesuatu yang dibisikkan kepada pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara mereka berdua, maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga.

2. Rahsia Yang Menyentuh Keselamatan:

Mungkin ada orang yang memusuhi pasangan kita berniat jahat dan hendak mengkhianati dan menganiayainya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta daripada kita segala maklumat, latar belakang dan sebagainya. Dalam keadaan ini kita sebagai pasangannya harus cerdik dan bijaksana. Tersalah memberi maklumat kepada musuh sesungguhnya akan mengundang bahaya kerana sejarah ada mencatatkan tentang kisah isteri Sam’un al-Ghazi yang mendedahkan rahsia kekuatan suaminya kepada pihak musuh hingga menyebabkan nyawa suaminya terancam. Oleh itu janganlah terlalu jujur atau memberi segala maklumat sehingga mendedahkan “rahsia” keselamatan pasangan. Seboleh mungkin cubalah mengesan helah orang yang berniat jahat terhadap pasangan melalui tutur kata atau perilaku mereka.

3. Rahsia Harta Benda:


Harta benda dan kewangan pasangan juga adalah rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh isteri. Dalam hal ini, isteri terutamanya yang berfungsi sebagai pengurus rumah tangga tentulah orang yang paling berperanan dalam menjaga rahsia rumah tangga yang dibina kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah.” (at-Thabrani)

Dalam konteks ini, rumah tangga dan segala isinya adalah dikatakan “harta” dan benteng rahsia keluarga. Adalah menjadi tanggungjawb suami isteri menjaganya dengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu, Islam melarang keras orang yang mencuri-curi pandang ke dalam rumah orang lain tanpa mendapatkan keizinan daripada tuan rumah. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Jika ada orang yang menjengok-jengok rumahmu tanpa izin, lalu engkau melontarkan batu kepadanya sehingga pecah matanya, tidaklah engkau berdosa.” (Bukhari dan Muslim)

4. Rahsia Bilik Tidur:

Inilah rahsia yang paling utama dan benteng terakhir rahsia rumah tangga di mana rahsia yang berkaitan hubungan kelamin suami isteri ini hendaklah disembunyikan dan hanya menjadi rahsia antara pasangan kerana adalah haram dan berdosa hukumnya sekiranya salah seorang dari pasangan menghebahkan hubungan mereka kepada pengetahuan, pendengaran dan penglihatan orang lain meskipun anak-anak sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktu waktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur.

5. Rahsia Berhubung Soal Maruah:

Maruah melibatkan aurat, aib dan kelemahan seseorang. Firman Allah S.W.T. yang maksudnya: “Adapun wanita wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka.” (An-Nisa: 34)

Dalam hal ini banyak perkara boleh berlaku sekiranya pasangan gagal menjaga maruah dirinya seperti:
i. Isteri atau suami berlaku curang terhadap pasangannya.
ii. Pasangan mencari hiburan di luar rumah.
iii. Pasangan menduakan suami atau isteri.
iv. Pasangan menceritakan rahsia rumah tangganya kepada orang lain.

6. Rahsia Berhubung Nafkah:


Dalam hal ini suami adalah wajib hukumnya untuk memberi nafkah atau perbelanjaan untuk isteri dan anak-anaknya. Pemberian ini adalah mengikut kemampuan, tidak sampai dilabelkan sebagai suami yang bakhil dan kedekut atau pun suami yang terlalu boros dan bermewah-mewah. Pokok pangkalnya seseorang itu wajib memberikan nafkah menurut kemampuannya. Oleh itu permasalahan sara hidup hendaklah dibincangkan sebaiknya dengan pasangan agar tidak menganiayai diri sendiri, isteri mahu pun anak-anak. Malah elakkan daripada menjadi topik perbualan atau pun umpatan orang lain lantaran kegagalan kita menyimpan rahsia tersebut.

Jika Sudah Terpaksa

Sikap saling memahami dan berlapang dada (sabar) adalah yang paling utama mesti ada di dalam jiwa setiap individu yang menjadi suami atau isteri. Tidak seharusnya mana-mana pihak, suami atau isteri bertindak meluahkan perasaan dan menceritakan rahsia pasangan kepada orang luar sebelum cuba menyelesaikan masalah itu dengan jalan perbincangan melainkan tidak ditemui jalan penyelesaian lain sehingga rahsia rumah tangga terpaksa diluahkan kepada pihak ketiga.

Contohnya sebagaimana peristiwa yang telah berlaku di zaman Rasulullah SAW di mana seorang wania mengadu kepada baginda bahawa dia telah dipukul oleh suaminya. Pada awalnya, Rasulullah memutuskan bahawa suaminya boleh dikenakan qisas (pukul dibalas pukul), tetapi pada ketika itu juga telah turun wahyu yang membolehkan suami memukul isterinya dalam keadaan tertentu iaitu dengan tujuan mendidik (bukan memukul untuk menyakitkan atau memukul kerana geram). Secara tidak langsung, wanita tadi telah membocorkan rahsia rumah tangganya dengan menceritakan keburukan suaminya kepada pihak ketiga iaitu Rasulullah s.a.w.

Maka dalam kes seumpama ini, tidak menjadi kesalahan bagi isteri (atau suami) untuk membuka rahsia rumah tangganya kerana ia dibuat demi kepentingan atau kebaikan rumah tangga itu sendiri. Iaitu apabila timbul masalah dalam hubungan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan melalui perbincangan bersama, dan pihak suami atau isteri merasakan bahawa dia sudah tidak mampu menghadapinya, maka satu jalan penyelesaian perlu diambil dengan melibatkan ‘orang luar’, dengan kata lain, rahsia rumah tangga terpaksa dibuka ke pengetahuan seseorang. Maka beberapa perkara harus diambil kira iaitu:

i) Merujuk Kepada Orang Yang Sesuai

Andainya sudah bulat tekad untuk membawa soal dalaman rumah tangga kepada orang lain, maka haruslah dirujuk kepada orang yang tepat kerana bukan sebarangan orang boleh menjadi tempat mengadu masalah apalagi jikalau ia melibatkan perkara sulit. Maka pastikanlah bahawa orang yang diadu itu adalah orang yang amanah, boleh dipercayai, memiliki sifat adil mudah dipengaruhi emosi, tenang dan berwatak pendamai. Jika tidak, dia mungkin menjadi penghasut dan pengusut masalah. Tidak kira sama ada ia merupakan teman rapat atau pun seorang kaunselor yang berpengalaman, yang penting di boleh membantu dalam memberi pandangan dan nasihat, atau menjadi orang tengah dalam membetulkan hubungan dua hala antara suami isteri yang tergendala.

ii) Membuka Rahsia yang sesuai

Kita harus ingat bahawa orang yang diadu itu tetap merupakan ‘orang luar’ dalam konteks sesebuah rumah tangga. Oleh itu apa jua rahsia yang mahu diceritakan kepadanya harus dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jangankan disebabkan pengaruh emosi, kita membuka segala rahsia pasangan.

iii) Merujuk kepada Hakam

“Hakam” adalah wakil daripada kedua-dua pihak suami dan isteri di mana pihak lelaki diwakili seorang hakam, begitu juga dengan pihak wanita. Adakalanya mahkamah sendiri yang akan melantik hakam tersebut di mana kedua-dua hakam ini berfungsi sebagai pendamai untuk membantu menyelesaikan kes yang dihadapi. Hal ini disebutkan melalui firman Allah SWT yang maksudnya:
“Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari keluarga perempuan.” (An-Nisa’: 35)

Kedua-dua hakam ini akan melakukan ‘soal selidik’ ke atas suami atau isteri dalam sesi berasingan, untuk mengetahui punca dan kedudukan masalah. Di sinilah pentingnya peranan hakam yang dipilih itu yang mesti memiliki sifat sebagai orang yang boleh dipercayai, bijaksana dan adil, boleh menyimpan rahsia, bijak bertindak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dalam hal ini, suami mahupun isteri harus memberi kepercayaan kepada hakam di mana sedikit sebanyak rahsia rumah tangga mereka terpaksa diluahkan. Kemudian kedua-dua hakam ini akan bertemu untuk mencari penyelesaian. Andainya didapati tidak ada lagi titik temu antara kedua-dua suami isteri, kedua-dua hakam harus sepakat untuk membuat keputusan memisahkan mereka dengan cara baik di mana ia perlu dirujuk kepada mahkamah.

iv) Merujuk kepada mahkamah

Ini merupakan peringkat terakhir di mana jalan penyelesaian melalui perbincangan dan melalui kaunselor atau orang tengah “hakam” tidak lagi membuka sebarang harapan untuk perdamaian. Di sini mahkamah boleh membuat keputusan ke atas masa depan rumah tangga tersebut di mana rahsia rumah tangga terbabit terpaksa disingkap di hadapan hakim atau mahkamah.

Mengambil Iktibar:

Teladanilah kisah-kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. seperti kebijaksanaan saiditina Khadijah r.a. dalam menjaga rahsia kerasulan Rasulullah iaitu selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’ di mana beliau telah bertindak bijak dengan menceritakan peristiwa itu hanya kepada orang tertentu untuk mendapatkan pandangan dan tidak merujuk kepada sebarangan orang tetapi memilih orang yang telah dikenal pasti layak menjadi tempat rujuk dan boleh menyimpan rahsia. Orang itu adalah sepupunya sendiri, Waraqah bin Naufal, seorang alim yang masih berpegang pada ajaran tauhid. Rahsia ini disimpan kemas sehinggalah Rasulullah s.a.w. sendiri menerima perintah untuk pergi ke tengah masyarakat menyampaikan amanah wahyu yang diterimanya.

Kesimpulannya, biar apa pun masalah yang dihadapi termasuklah hal rumah tangga, selaku seorang Islam hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan memohon bantuan daripadanya. Kerjakanlah solat istikharah dan solat hajat sebelum membuat apa jua keputusan agar diberi hidayah dan kekuatan. Di samping itu ambillah iktibar daripada hitam putih kehidupan masyarakat sekeliling kita. Bak kata pepatah “Yang baik, jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

malu malu sayang



hendak ku merayu tahu ku tak tahu

luka melukai hatimu
katalah padaku rahsia dihatimu
jangan malu kepadaku
hahahai hahai....

lahirkan dan lahirkan
curah perasaan tapi lidah kelu mengapa
aku tak mengerti lagak bagai benci
mungkin hati telah setuju
mengapakah kau masih malu-malu

tunggu jangan tunggu
rindu kau merindu
nyata dihasrat dihatimu

hai andai bunga kembang
seri wahai kumbang
jangan malu-malu sayang

PTD

salam namaste....
lama dah aku xhapdet blog ni...
xtau nak cerita apa la kat kawang2....
actually banyak gak menda nak crita neh...
tapi mengambil langkah berhati2...
takut nanti tekena plak atas batang idung cakap kosong...
so kena tunggu je la untuk cerita bahgia tu lepas raya nanti...

haaa....
tapi ada menda nak crita pasal exam ptd aritu...
aku 08/08/09 aritu gi amek exam
pegawai tadbir dan diplomatik gred m41...
ni exam yang dah kali keberapa aku amek ntah....
sebelom ni aku wat memain je exam ni...
1st tym wat memain dapat gak aku gi PAC....
tp dek kerana frust dgn pac aku wat memain lg tuk exam yg lelain...
tapi kali ni aku wat btul2 la...

malam sebelom exam aku lepak study dgn nazul...
mcm besala kami study....
di meja snuker...
mendapat 'restu' melepaskan gian....
sbb lama gak xmain setelah macam nak insap sket...
aku balik umah pun da kol 1 lbh...
dok tunggu org tu naik bas sampai ke idak lg...
pastu blk umah begayut bagai la plk....
sampaila mencecah jam 3...
barula aku dapat merehatkan diri....

esoknya subuh2 dah ada org miskol 2 3 puluh kali...
seperti biasa...
bagus gak, at least xdakla asek tekantoi ja subuh aku...
subuh dinasour da lama dah...
skrg ni subuh pun maseh dalam waktu lagi la...
ALHAMDULILLAH...
semua tu sangat memberi ketenangan jiwa padaku...

lepas tu aku pun pi la opis jap...
jumpa dgn 'bos' aku abg man...
roger sket kat dia aku nkgi exam...
pastu trus gerak gi putrajaya...
sebab aku nak kena cari tempat exam tu...
aku pun xjoinla bg man dgn aktiviti pagi2 kami ngeteh...
setakat sebulan ni...
tiap2 pagi bersarapan bersama neh...
dulu mana nak ada...
bangun da kol berapa...
adakah ini perubahan 'positif' dalam diriku....
kahkahkah...
tapi yg xberapa positifnya...
tiap2 pagi menu dia kalo x ns lemak, roti canai...
jahanam gak kalo dok berlangsung lebih lama...

kehkehkeh...

masa exam aku yg sebelom ni kalo dapat paper within 15 minit da siap...
kali ni amek masa agak lama sket...
sebab bagi penekanan sket nak menjawab soalan...
soalan paper A pengetahuan am...
adush... memang kena banyak baca paper la...
kalo x memang jahanam...
naseb baekla ada sket2 pengetahuan...
paper B lak matematik n logik...
dengan jayanya aku menjawab....
sedaq2 tinggal 10 minit...
tapi ada lagi 20 soalan lom setel...
apa lagi, aku pun buat2 mcm gelisah sket...
rupa2nya soalan bahagian belakang tu senang....
herrmmm... tu la cikgu aku dulu pesan baca dulu soalan skali lalu...
xpun kat depan buku soalan kan ada...
'sila semak soalan sebelom menjawab'
masa menyemak tu la masa nak tengok bahagian soalan mana yg senang...
yang tu jawab dulu...
tym ni pandai lak cakap ek???
kahkahkahkah...

paper C lak soalan pemahaman essei...
soalan bm n bi tingkatan 3....
boleh jawab lagi kot...
tapi agak sukar sebab english aku ni hampeh sket...
pastu benti gi makan...
belasah nandos wak aritu....
memang hot la org tu dengar...
sbb masa dgn nazul belasah mcd pun dia da hot...
kahkahkah...
tym dgn dia mkn warung tpi jalan ja...
tym aku sorg2 nandos bagai....
(tp aku ganti blk la bwk dia gi kenny rogers lepas tu)
so, fair n lovely ya....
semayang jap kat presint 9...
pastu masuk blk dewan...
(actually bilik derjah ja pun)

paper D essei BM...
aku critala pasal H wang N wang nye prevention...
dok asek mengarang neh...
sambil2 dok usya awek free hair depan aku tu...
awat dia dok tengok kat aku....
zip aku x tutup abeh ka...
aku pun amek langkah berjaga2 nak kaver aku cek la...
xdak pulak...
pastu aku tgk balik kertas soalan....
rupa2nya dia mintak 300-500 perkataan ja...
owh patutla dia usya semacam ja...
pastu aku pun wat penutup n letak pala atas meja...

paper E plak essei BI...
kali ni aku cek dulu la berapa perkataan...
dia mintak 200-300 ja...
owh, sikitnya...
aku pun ngarang la pasal recycling...
propose to government method to educate public to recycle...
dok ngarang2 dalam 15 minit....
banyak gak la...
pastu aku pun wat ending n aku pun bagila kertas kat penjaga tu...
aku pun blah...

actually ada menda berlaku di celah2 paper D n E...
tapi rasanya xperlu dikongsi lagi wat masa ni...
next tym la kita kongsi ya...
yang pastinya semua berjalan dengan lancar dan aman...
untuk org tu...
xpala, exam kali ni ada problem...
next tym amek lagi...
xrugi pun kita berusaha...
okies see me at next entry k...
gud bye
kahkahkah






kesibukan & cik senah

salam to alls....
sunyi sepi lak eh...
agak lama gakla...
tadi semnanya gi midvaley...
meeting dengan cik senah diC2...
dia pun tegur sebab blog da sunyi sepi...
so aku pun buat2 macam rajin la update blog di pagi2 hari ni...
kahkahkah...
xdak apa sangat la nak dicerita...
just 2 ari lepas demam teruk and still xberapa nak ok lagi...
pastu dok kalut dengan keja yang agak banyak...
sebelom ni blh dok relax sebab structural part...
belek2 drawing...
panggil tukang kayu n tukang besi...
pas kat depa...
xyah pi tengok pun kadang2...
mmg best... structure mmg aku salute aku nye tukang
tapi bila masuk bab architectural ni....
memang sakit pala...
bukannya susah pun...
kalo just ikut drawing n ikut ckp architect memang sangat mudah...
tapi masalahnya yg dok jadi problem...
bos aku tu pulak....
nak kena cari jalan cut cost supaya dia untung banyakk...
sekaligus mencerahkan peluang aku dapat bonus banyak sket tahun ni...
dia ingat buat jalan kot(diorg specialist external n roadwork)
nak pulak sub con aku ni...
asal aku order barang je trus redah gi buat...
siap xdan nk suruh...
kahkahkah... pastu salah...
aku pun kna la sound... "u org tdo ka kat site"
kahkahkah... kalo nk tdoq, bek aku blk tdoq atas tilam...
hermmmm...
aku apalagi mcm besa la...
satgi aku pi spray defect2 tu...
xcukup tanganku, aku pas kat bg man....
kahkahkah...
buat balik pastu nnt payment aku deduct kos...
sapa suh dok pandai2 pi buat....
pastu japgi sampaila benson 20 2kotak...
ari2 dok bg ubat suh aku 'jalan' cepat2...
hang mai la benson ka, dunhill ka, salem ka, djarum super ka...
bagi aku amek...
potong tetap aku potong....
tadi pun baru gi jumpa architect...
ada part yang boleh wat...
tapi ada gakla proposal yang ditolak n agak menghampakan bos aku la...
tapi aku ok ja... kahkahkah...
pening masa nk create proposal n isu untuk raise up ja...
raya ni xdapat bonus kaw2nye...
siapla besi wastage kat site tu...
ada kat 3 tan....
la ni scrapt pun 1tan = 1200.00
ni idea bg man....
kalo xdak ja... memang siapla...
kahkahkahkah...
yg ni green ligth dr bos pun da dpt...
cuma aku dok himpun nk bg banyak2 sket...
fewwwiittt!!!!!
aku kan pantang lepa tengok duit (ada org kata tu)
biaq pi la org nk kata apa pun...
asal aku jangan dok kikih harta orang...
aku xgadai maruah keturunan aku sebab duit sudah...
orait....
xsabaq nak tunggu bulan 12...
nanti paling lewat next update pun bulan 12 la...
kahkahkahakh

Muvi oh muvi

'aloha'... cewah ayat chating sangat....
seb baek bukan ayat cheating... kahkahkah...
herrmm... lama x dan nak tengok blog ni....
malam2 gi tgk wayang je keje...
xpun tdoq je kat umah...

tapi setiap muvi yg gi tgk tu mcm hampeh...
bermula dengan citer harry potter...
pastu ntah camna blh gi tgk lirik 7707...
kahkahkaha
mmg macam haram citer tu...
pastu smlm gi tgk mati suri...
lagila cam hampeh...
punya la tepengaruh dgn mamat jual tiket tu...
ade lak akak ni nk tgk gak...
nah... tgk la...
padehal nk tgk obsessed....
tapi tiket lak xde...
takut bosan xde mende nk wat...
so tgk gak la mati suri tu...
herrmmm.... macam hampehs....
kahkahkah...
skrg jadi kaki wayang...
patut mlm ni nk tgk pelham 123...
tapi ade lak nk kena setel 'hal lain'....
lagi la hampehs nye....
kahkahkah

peristiwa pagi ahad

penjenayah yg disyaki


peristiwa di pagi2 ari....
dengar samar2 bunyi bintul huda panggil..
pakteh..pakteh...pakteh...
pakteh... bangunla... abi suh bangun....

dua org kembar x seusia

pastu kedengaran bunyi pintu bilik tidurku ditolak...
kreeekkkk.................kek..kek...kek....
pakteh...pakteh...pakteh...
pakteh bangun la..
abi (panggilan utk abah dia) panggil makan ....

kak ya dgn ainul atas pakteh

pastu still aku wat bodoh je
sekali dia lompat ....
yahhhhh....!!!!!
gedebuk atas perut aku....
hadush!!! sakit siot...

bintul huda yg ckp pandai tu apa lagi...
pakteh ni apela nk jadi...
tdo bangun lewat...
(dia leterkan aku lak)
hampesh btul...

huda dgn uncle Brad


dulu tym belajar aku ske gila lagu ni... now pun ske gak..

Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya

Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita

Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

( korus 1 )
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

( korus 2 )
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa

Mengapa Dirindu


jangan takat dengar je.... amek paham

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

mati hidup semula


ni budak mana la ni... kahkahkah

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula

api.....

kahkahkah...
tengok pada tajuknye....
macamla best sgt...
semnanya nk crite pasal dinner malam ni...
mak aih, tadi blk drpd keje yang memenatkan...
cewah.. (padehal keje sampai kol 5 je, saja gatal malas nk balik umah)
sebelom kona masuk ke umah...
aku kona la pi kedai kegemaran student2 cni..
aku pun yg da ditahap bersamamu ni pun...
pi la join... (tingat jaman muda2 dulu)
makcik yg jaga kedai ni makaih...
pokek gilo nogoghi dio...
sampai xpaham den kadang2...
situ rupa2nya ada menu ikan keli malam2 ni...
dulu aku xminat sangat...
semenjak aku dok berpeleseran di parit raja...
jadi berminat lak kat ikan ni...

ni ikan yg bakal dimasak

ni nak cita psl api ni...
aku pun da tingin, mintak la msk sambal ikan keli...
menyelerakan n x lupa ada sambal tempoyak...
yang tu penaik selera, xdak pun blh je mkan...
tapi kalo ada, mau 3 4 pinggan aku sentap...

ni la penyiksa perutku.... cukup pantang nih

balik umah aku pun makan la
dengan bestnya...
dok dlm ekon letak la atas meja jepun yg kenek ni...
sambil dok tengok astro..(tv ni org punya) kahkahkah
aku dok belasah2 punya best...
sekali tgk nasik da nak abeh...
lauk pun da abeh...
memang ngam2 la...
aku bab makan ni mmg bajet2 lauk dgn nasik...
kahkahkah..(tp kdg2 telajak gak)
bila da ujung2 mkn tu...
ada mcm terasa something...
mak aih berapi mulut den...
rupa2nya yg aku dok mkn td sambal cili api...

ni la die penangannye

fuuuyyyyyoooohhhh!!!!
dek kerana lapar n sedapnye...
aku da terabai pantang larang...
mane leh bedal cili api kaw2...
memang sembelit la japgi....
adush.... aku siap berus gigi lpas mkn sbb da xtahan sgt...
ni perut pun da terasa...
aritu nye pun lom abeh...
ni lagi la nak cover yg ni xtau bila lak...
adush...
adush...
adush...



new life

salam ceria buat semua...
ikutkan ati.. nak je delete sume entry2 sedih...
tapi biar la eh...
ok jugak ek buat tatapan sume....

lepas ni nak story2 lagi
a lot to story about...
but nk take tym sket...
banyak keje nk kena setel...

setelah terjaga dari tidur yang panjang ni..
banyak gile keje kat site...
(saje2 wat2 busy)
kahkahkah....
keje macam biase la..
cumanya bos dok bising duit xdak..
so nak kena cr jalan supaya claim byk sket bulan ni...
kalo x, raya aku xdapat bonus...
ni pun xlama...
nak tunggu dpt bonus raya...
lepas tu aku mungkin akan chaw lagi...
sebab skrg tgh deal offer baru...
nice and aku blh kluar dr kota durjana ni...

boleh ilang kot semua kenangan pahit...
kahkahkah....
let start a new life...
life without slaughter and slayer...
i'll be slaughter maself after this...
kahkahkah

Isteri Solehah

buat kau yang kusayang
dulu kini... dan masih kusayang lagi...
terimalah hadiah ni buat birthday...
aku xmampu utk hadiah mahal2....
hanyalah sebuah lagu buat bekalan hidupmu...
dengar dan hayatilah setiap bait2 liriknya....



Isteri Solehah

isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
dirumah dia isteri di jalanan kawan
diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan

pandangan kita diperteguhkan
menjadikan kita tetap pendirian
ilmu yang diberi dapat disimpan
kita lupa dia mengingatkan

nasihat kita dijadikan pakaian
silap kita dia betulkan
penghibur diwaktu kesunyian
terasa ramai bila bersamanya

dia umpana tongkat sibuta
bila tiada satu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu
semoga kekal untuk diwariskan


hayatilah setiap detik dan saat yang ada bersamanya..
hargailah dia dan janganlah kau abaikan...
apa yang dah berlaku adalah pengajaran...
pembaikan untuk hamba yang berfikir...

semalam adalah sejarah...
esok adalah impian....
hari ini adalah anugerah...

hargailah apa yang ada sekarang...

kahkahkah




lega....

apakah perasaan ini semnanya...
even aku still dlm masalah...
aku still dgn utang yg x abeh2 n 'makin bertambah'...
tapi aku rasa lega sekarang...
semnanya apakah bebanan yang aku dok tanggung selama ni???

w/pun sekarang aku da kembali membujang...
aku still boleh ceria n happy...
keje aku blh jalan mcm ms mula2 aku keje dulu...
cuma mengulor sket2 je...

tq pada sesape yg telah doakan ketenangan ni...
syukur-ku pada tuhan kerna telah bukak hati yg buta ni...
tq mak ayah sebab masih bg sokongan pada anakmu ni...
btullah kata mak ayah aku...
macammana becinta pun kalo da sampai lupa diri...
ketenangan tu xkan wujud...
blk2 mak ayah jugakla cinta pertama aku di dunia ni...

i love ma mom n dad...
kahkahkah....



anak....

i miss u...
sorry for everything...

blog

ehem... ehem...
da berapa ari xtgk blog ni....
biase la... pakteh pun manusia biasa...
take tym gak nk recorver....
cuba nk neutralizekan perasaan ni...
supaya xdak perasaan benci dan dendam lg...

ni pun ada lg nk diluah dicanangkan...
tapi cukup2 lah ye.....
kahkahkah....

ari ni cube nk jd ceria...
dtg lak bos kesayangan ku kat site ni pg2...
dah jahanam mood nk keje...
camna la supervisor aku ni blh lupa lak...
ke dia saja nak kenakan aku...
biasala... melawak kasar kat site ni..
kahkahkah..
pk2 blk nk tegelak pun ada kena sound dgn bos td...
bos aku yg koya2 mulia....
takut kna dgn jkr...
padehal segala tipu muslihat dia selama ni dlm poket aku je..
cewah...

xpela.... nama pun dia bos...
wayang mau terror...
kahkahkah....


kalo sayang

kalo btul ada lg sayang..
just sayang je la....
watpe nk kusutkan pale dgn masalah2 lampau...
kalo btul sayang....
buangla ego dalam diri tu...
masalah sebenarnya pasangan....
bila xpergi kepada masalah yang 'core' dia tu...
masalahnya... kita ni btul ke sayang pasangan kita....
kalo kita btul2 sayang...
masalah picisan ni boleh ditepis dengan mudah je...
masalah ni aku penah dpt komen dr 'kawan'ku dulu...
now dia pun da menyampah nak layan dah...
dia tanya aku...ang btul2 sayang dia ke??
dia lak btul2 sayang ang ke???
kalo btul dua2 da sayang...
masalah org sekeliling tu bkn sepatutnya jd isu pun...
semuanya dalam diri sendiri....
ntahla... amek pk la masing2 ye...
yg selalu begaduh n clash tu....
lu pkla sendiri....

kahkahkah

malas...........

setelah beberapa hari....
aku masih sama...
xdpt nk terima hakikat ini....
ntahla..
i'm a loser...
n always be....
seperti biasa, selepas pergaduhan besar...
berlaku perpisahan....
perpisahan tu pulak ada bersama bebanan utang lg...
dahtu... masalah2 lampau....
lagi dtg nk mencengkam aku...
owh dunia...
ni la balasannya kot...
aku da xleh nk pk dah...
palaotak yg dok serabut sblm ni...
ada gak yg dok kdg2 tambah serabut...
kadang dia yg tolong ringkai serabut tu....
now aku sorg2...
kalo la bunuh diri tu syurga jaminannya...
aku xsanggup dah nk hidup dgn hukuman ni...
Ya Allah... berilah kekuatan...
berilah kemudahan....
apa lagi yg aku mampu buat...
aku da terlalu tepu utk pk...
aku da terlalu buntu untuk buat yg elok...


kahkahkah....
inilah dunia.....

MCIS Zurich: Answer To Syed Nahar

Setelah mencari beberapa hari....
maka aku telah pun jumpa....
ko gi je kat blog UZAR ni.....
kalo malas sgt ko klik sini...
segala yang terlibat dengan haram...
hukumnya adalah haram....
that's all aku boleh btau...
aku pun da ragu2 dengan keje aku....
banyakla mende shubhah....
ade penah aku dgr Tok Guru nik aziz nye kuliah...
keje kita ni... kalo sampai tinggal solat pun...
dikira xhalal... ishk2...
dimanakah kita skrg ni ye????

kahkahkah...
wassalam...

kerna sayang???

dah brp ari ek....
aku pun malas nk pk dah...
aku redhakan perpisahan ini....

aku sedar....
kehadiranku selalu menyiksa dirimu....
aku selama ini tidak pernah mampu
untuk menyediakan yang terbaik buatmu....

kau yg ku inginkan menepati naluriku...
sepertimana kau inginkan aku menepati kehendakmu...
kita masing2 sedar....
kita dah berusaha kearah tu...
tapi kita hanyalah insan biasa....
kita xmampu untuk memenuhi kehendak semua...

kuingin kau terima hakikat ini...
segalanya adalah drpd kita sendiri...
xdak kena mengena dgn org lain...
janganlah kau fikirkan yang buruk...
hikmahnya perpisahan ni....
kita masih diberi peluang untuk
perbetulkan diri masing2...
sebelum kita ke alam rumah tangga...
dengan pasangan yang telah ditentukanNya...
sapa tu..??? kita xtaula..
mungkin org yg sama....

xpa lah... Allah itu maha adil....
andai ini perpisahan sementara...
kembalilah kita nanti dgn persediaan yg lebih rapi...
sebab kita da tau selera masing2
begitu juga aku...
akan aku persiapkan diriku sebaeknya...

andai ini perpisahan selamanya...
aku doakan kau bahagia dan berusaha lah...
bahagiakan mereka yang cuba utk bahagiakanmu...

kenangan ......


salam sayang....
semuga kau sentiasa beroleh kasih dan sayang Allah

kahkahkah
wassalam

POYO??? NYE!!!

entry ini ditujukan khas kepada sesiapa yg berkenaan....
aku sedar diri ini xlayak untuk menyuarakan pendapat...
dan selama ini pun aku merasakan aku xpernah berhak untuk itu...
sehinggalah pada saat getir aku masih lagi bukan org yg layak....
jauh disudut hatiku....
hanya tuhan dan mereka yg mengerti sj yg tau....
bagi org lain.... aku ni akan dianggap koya....
perangai macam setan....
ada ati nak bawak org ke jalan kebenaran...
org lain jgk akan cakap...
ko btulkan la diri ko dulu....
pastu baru ko pkkan untuk org lain plk....
ye... korang sgt btul dlm menilai manusia....

hakikatnya dlm diri manusia ni ada akal...
manusia juga ada hati....
manusia juga ada nafsu....
hati dan nafsu sangat la rapat hubungannya....
tetapi hati dan akal kadang2 berbalah....
kehidupan manusia yg paling sempurna ialah bila...
akal mengemudi setiap gerak hati tanpa menurut hawa nafsu...
tapi kita ini dinamakan sebagai 'insan'
'insan' maknanya pelupa....

kita sering lupa untuk meletakkan segala pertimbangan akal
dalam menentukan sebarang keputusan...
kita malahan menjadikan hawa nafsu raja dlm diri kita...
tanpa kita sedar...
nafsu itu mendorong hati dan menjadikan
pertimbangan akal kita goyah....
seterusnya kita akan jd lupa siapa kita...

dan dengan itu...
kita akan sentiasa rasa diri kita btul..
kenapa...???
sebab pertimbangan akal kita dah didorong oleh nafsu dan hati...
sebab tu lah diciptakan neraka...
sebab tu jugalah dosa tidak ditulis di dahi...
kalo dosa yg kita wat seharian ditulis di dahi...
neraka itu xkan ada penghuninya....

aku juga melalui perkara yang sama...
sebab tu aku jd lupa siapa diri aku yg sebenarnya...
maka dengan itu... setiap apa yg aku buat akan jd buruk...
muhasabah lah diri kita...
perjalanan hidup kita mungkin elok...
tapi dengan yang elok itu...
adakah kita bahagia dan kita gembira...
mungkin mudah bg kita rezeki...
tapi hati kita x tenteram....

kita juga sering lupa.....
kita lupa dengan ujian Allah...
ni bkn nk tunjuk sapa2....
tapi meh kita renung sejenak....

"ada orang yg kaya....
duit dia banyak....
tapi ati dia x tenteram....
banyak gak masalah dia
masalah dengan anak2nya
masalah dengan sedara mara
tapi duit bg dia bkn satu masalah besar
rezeki dia makin hari makin byk
melimpah ruah..
tapi ketenangan tu xdak"

ini juga berkenaan dengan redha Allah....
seandainya perjalanan pendapatan itu baik....
xseemestinya itu dinamakan rezeki....
rumusan yg boleh dibuat...

"Allah kurniakan kita dengan kesenangan
sebagai rezeki dan ujian...
"

"Allah juga kurniakan kita kesusahan
sebagai ujian dan rezeki...
"

mehla kita pk2kan.....
2 ungkapan atas tu kalo korg xfaham...
nanti aku btau...
tapi kalo korang faham...
muhasabahlah diri....

diangkat martabat kita drpd cipataaNya yg lain
untuk menjadi khalifah dibumi ni....

kahkahkah...
wassalam









MCIS Zurich

nak dijadikan crita.....
ari ni dtgla sorg kwn aku ni dgn abg dia aku rasa...
tujuan kedatangan dan perjumpaan ni mmg aku da tau...
sebab da 2 minggu kot dia nak sangat jumpa aku...
abg dia ni ade buat insurance...
from "MCIS Zurich"

based on explanation n drpd mulut dia...
aku sangat tertarik dan aku da cukup lentok dah...
setelah aku lali dengan bualan mesra tu aku pun da mcm besetuju nak melabur..
actually MCIS Zurich ni insurance company...
tapi dia ade wat plan simpanan duit siap dgn insurance cover....

sbb dia ade cover dgn insurance tu yg aku beminat sgt tu...
hujah2 yang dia bagi kalo dipk logik akal, mmg menarik dan best la...
so aku pun berstuju la ...
pastu aku ada la suh dia apply kan aku skali kad perubatan...

tapi ptg ni... aku dok view2 kat blog UZAR....
memang sangat mengecewakan aku gak la...
tapi hakikatnya Allah masih simpan ruang untuk aku ...
dalam satu surat drpd Bank Negara Malaysia....
surat ni bg menjawab soalan seorg pengguna perihatin...
bertanyakan tentang kondisi status halal/haram MCIS Zurich..

ya, korang bolehla view blog dia...
bacala apa yang korang rs perlu...
kalo korg musykil lagi, kemukakan la soalan...
semuanya free je...
xkan la mende free tentang hukum hakam ni xmo...
sedangkan kita dok perabih duit banyak untuk beli majalah hiburan...
bolehla dipk taraf manakah kita sebenarnya...

terimalah hakikat dan sentiasa sedia terima kebenaran
sentiasalah berkata besar walaupun ia sangat pahit....

SEKUFU

sekufu atau dalam istilahnya 'kafaah' ialah
`DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi',
'Sama cantik sama padan' dan
`Bagai pinang dibelah dua'...
macam ni la yang dikatakan sekufu....

dalam perkahwinan ni,
perkara ini sangat perlu diambil kira....
persefahaman yang perlu dijalinkan untuk menempuh kehidupan bersama...
meskipun kita sering memandang bahawa kesefahaman ini mudah dibentuk..
namun naluri hati manusia ini diciptakan berbeda2...
makanya.... korang kenala tengok balik bab ni boley cover ke x...

mende ni semnanya xpayah pun...
tapi kadang2 ia boley wat kita jd serabut gak...
orientasi pemikiran.
persekitaran kehidupan,
cara pergaulan,
n ada byk lagi menda yang perlu diambil kira...
sbb ambil mudah hal ni,
maka selalula jd masalah,
selalu begaduh,
makan ati,
pastu bila da xleh blah sgt,
berakhirla ikatan tu dengan perceraian,
manusia ni kita nak ubah mana pun,
setakat tabiat tu mungkin possible...
tapi naluri, ia tetap akan sama jgk...
sbb naluri ni yang akan mempengaruhi segala tidakan dan perbuatan...

korang bacala entry ni untuk renungan bersama...
untuk yang berkenaan... xpenah aku menghina dirimu..
tapi adalah lebih baek kita baca bahan ilmiah ni...
berbanding gosip2 yang xde kaitan dgn kita tu kan...
kalo aku salah lagi... maafkan aku...

susah jugak ye nak kawen ni...
herrmmm... watla sunat istikharah....
pohonla petunjuk daripada yang maha mengetahui....
sekian... wassalam


kenapa siri 3

setelah diteliti dari segi syarak.....
maka diri ini membuat keputusan drastik.....
penulisan mengenai kenapa yang bakal mengisahkan
perjalanan kehidupan pakteh yang lebih mengerikan

"tidak dapat diteruskan"

dan harus diingat bahawa rahsia diri anda...
adalah rahsia sehingga ada part, seorang istri pun tidak berhak tahu....
itulah amalan pakteh...
jangan pk, awak knal kita hari ni, awak tahu semua masa silam kite...
(cewah ayat)

bagi pakteh konsep yang sama....
pakteh kenal dengan seseorg hari ni....
pakteh xperlu byk tahu bekenaan dia di masa silam...
sebab ada sesetengah orang...
masa silamnya sangatlah xperlu utk orang lain ketahui....
kadang2 seorang pelacur juga boleh berubah menjadi istri solehah
seorang pencuri dan penyamun juga boleh berubah menjadi suami soleh

"asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru, mengapa dirindu"

maka dengan ini, dengan rasminya pakteh menutup pengkisahan
kehidupan durjana ini...
marilah kita bersama2 meneruskan kehidupan ini dengan ceria
keharmonian yang ada kita syukuri dan janganlah kita berbalah
setiap perbalahan pasti ada penyelesaiannya....
kita xbeerti kalah andai kita mengalah....
(ada kena mengena ke ni, da mcm sesi taklim kat surau seratas lak)
kahkahkahkahkahkah

Ma Lovely PGH

ari ni adalah ari yang bahagia sebenarnye....
ari yang sepatutnye aku bergumbira bersama mereka yang berkenaan....
ari ni dapat melihat, menyentuh, merasa, mendengar, dan menghayati....
keasyikannya bersama ma lovely PGH5594....


setelah sepurnama dia berada di tangan mr Marat....
ari ni aku dapat ia kembali....
ni semua adalah dr desakan keadaan kewangan aku yg memaksa...
maafkan aku ma lovely... aku gadaikanmu sementara...

kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari...
ngikutkan ati nak je aku lampirkan disini kisahnye....
tapi demi ukhuwah... aku abaikan ....
biarlah hati dan jiwa ini saja yang menanggung lukanya....
aku terima segala yang ada dengan redha kerna salahku sendiri...
tuhan maha kaya... andai ini takdirnya... apalah daya aku menolak..
aku hanyalah insan yang lemah...
beginilah lazim dunia yang fana....
si miskin akan trus miskin dan ditindas.....
andai PGH ni mampu berkata2....
dimaki hamunnya aku dek kebodohan dan kesempitan aku ni....
maafkan aku PGH....

terima kasih pada maklang....
akanku kenang ayat smsmu td hingga ke akhir hayat...
setelah mcm2 mende bengong yg kalo dipk secara logik...
xsepatutnya aku dilayan sebagaimana layanan yang aku terima darimu....
"hope u amek iktibar. xpela mende da jd. same2la cr duit mane yg nak kena repair"
mcm nk menitis air mata...tp kat kedai mkn....
kehadiranmu sangat dirasai....
tingat plk mcm mana mak pujuk aku bila aku dlm masalah....

"mak, cek xmo crita kat mak bukan maksud mak da xdak makna dlm idup cek,
tapi cukupla dgn masalah2 cek yg sebelom ni jd beban mak,
darah mak naik n mak jadi makin sakit,
penah mak tepon cek kol 3 pg sbb mak xleh lena dgn beban utang cek,
kalo nak dikira, cekla anak plg bedosa sbb buat mak sakit dan betambah sakit,
ni cek nak berubah, cek tau mak sentiasa doakan untuk cek jd org elok,
terima kasih mak, cek akan teruskan berusaha"

ni lah saja luahan hatiku mlm ni....
now aku tgh dok pk, camna nak setel masalah ni....
pkkan jugak jalan semoga pisang yg da byk kali berbuah ni...
akan tumbuh pokok baru dan berbuah dgn lbh baik dan sedap...
sekian....
kahkahkah


bergaye la die sebelah kete idaman die



comment on 'kenapa' siri 1 n 2

sorry la weh.... xdan nak update...
citer ne akan datang ilham bila rasa diri ini disisihkan je....
skrg ni tgh bergiat bisnes... so xde masa nak update....
2 3 ari ni ada beberapa pembaca yang mintak disambung segera...
interesting ek citer neh...
kahkahkah... ada yg kata seram, mengerikan, x senonoh, n apa lagi ek....
xpe... ni baru kat seratas n blom abeh lagi....
nanti da masuk matriks n kuittho lagi yang penuh aksi2 menjengkelkan....
tunggu ye kemunculannya....
kahkahkah

kenapa siri 2

ha ni sambungan neh... meh kita hayati yerrr

lpeas daripada kena tangkap kali pertama... aku xserik pun
aku nangis ari tu je... lepas tu dok dalam minggu depan
aku keluaq pi beli rokok lagi
aku sekarang ni kadang2 je gi PREP
ada 1 ari tu kantoi dgn cikgu rahim kitorg main carom
kahkahkah... hancur bekecai papan carom tu dibuatnya...

pastu setiap apa yang berlaku x penah nak bagi impact yg sgt besar buat diriku..
sampai lah pada 1 hari kitorg pelan nak pukul sorg budak..
ha lupa nk btau... aku kalo takat lempang budak... mmg laju je tangan aku
maybe sbb bdn aku besar n senior diorg xberani lawan kot
so mmg aku lempang je ikut suka...

sambung pasal sorg bdk form 4 ni...
masa ni aku form 5 dah...
bdk2 form 4 mcm kami masa thn lepas la...
xkan xmo tunjuk terrorrist... da jd senior bai..
semnanya aku pun xtau apa salah bdk tu
tapi sebab diorg nak pukul dia... aku pun xkan melepaskan peluang...
biasala dorm aku adalah port rasmi xtvt jenayah di seratas thn tu...

bermula dengan tindakan K.anu gi cekup bdk tu n tarik dia mask dorm
pastu bdk2 ni belasah dia beramai2
aku ni diorg xbg involve sbb aku last kes dah ms tu...
last kes yg kali keberapa pun aku xtau...
syukur hj arbi xbg aku blah masa last kes yg 1st dulu...
ikut ke mak aku, dia nk aku blk dok umah je...
cikgu ni manja sgt dgn anak dia kononnya sampai anak dia jd jahat...
kalo dok umah aku rasa x jd gini...
salah sket... mau x kna terajang dgn abang aku...
aku cilok duit pak aku pun dekat nk biol dia lempang aku

sambung kes belasah budak td
bdk tu da nak blah sbb da xleh tahan...
membe aku still dok bantai lagi...
aku ni dgn xleh tahannya aku pun bgn dr katil
aku bg kaw2nye kat atas tengkuk dia...
trus dia jatuh menyembah bumi....

pastu diorg ni dgn muka xbersalah pun antaq la dia blk dorm dia...
tetibe aku dengar bising2 kat luar...
bdk2 form 4 kluar n pgl cikgu midah sbb mamat yg kna ni muntah darah kot...
mamat ni masuk trus ICU...
mak aih... esok tu aku la manusia pertama yang dipanggil ke bilik cikgu HEM...
bestnye jd hero tym tu....

aku bantai last skali aku lak manusia 1st kena panggil
korg tgkla betapa aku ni suspect utama kejadian...
prejudis cikgu2 terhadap aku tym tu watkan aku jd smakin menggila...
ni salah 1 faktor je... yg penting cikgu2 adalah yang terbaek bagiku skrg...
terima kasih cikgu....

kesan dari tindakan aku... bdk tu hampir paralise....
sbb tulang tengkuk dia jd camna ntah...
kat tempat aku bedal tu adalah urat saraf yang dipanggil medula oblongata...
kena situ silap2 bdk tu blh jd cacat selamanya...
tapi masa disampuk setan tu mana la ada aku pk....

aku blk umah 2 minggu... cikgu x bg kitorg dtg sekolah...
kononnya bdk2 form 4 da contact gangster taiping nak taruk blk kami form 5
blk kampung... pak aku rilek je...
tapi ari pak aku xdak kat umah aku bantai isap rokok
kantoi dgn abg aku....
menyembah bumi gak aku dibantai....
aku kna quarantin...
pak aku malu dgn perangai aku....
xabeh2 dgn masalah disiplin...
aku pun kononnya sedar sket la masa tu...
lagipun tym tu da bln 4....
da nak spm...
so pak aku x toucher aku sangat....

errmmm.... ada lagi nak citer psl ni...
tapi mcm biase la....
'bergenang air mata ini' (irama ukays)
next tym k....
c ya



KAIZEN

kita tinggalkan sekejap citer pasal "kenapa?" tu
now pakteh nak bawak korang mendalami 1 idealogi

"KAIZEN"

kaizen = berubah pada kebaikan
kaizen = maintenance + improvement
maintenance = jaga apa yang ada la ni jangan bagi rosak dan
btulkan apa yang da rosak sebelumnya
improvement = buat sesuatu yang mengarah ke yang lebih baek

ni la implementation dia

konsep ni sama je dalam semua persekitaran pekerjaan
so kalo kita nak jadi lebih elok esok drpd hari ni
boleh la kita amalkan konsep ni
pakteh pun dok menghayatinya untuk diamalkan

dia gak blh di apply bersama lagi 1 konsep iaitu
ni nama dia 6sigma


tapi nk wat semua ni kena sabaq n istiqamah...
marilah kita sama2 berdoa
agar kita sentiasa sabar dan istiqamah

ehehhehe


CINTA = DUIT

kami sgt bahagia jika hanya kami di dunia kami


ni selingan ni.... meh kita kongsi pendapat tentang perkaitan antara cinta dan duit di zaman ini

ada duit = ada cinta

nakgi dating kena ada duit = minyak kete + tol + parking + makan + hadiah gitu gini

xdak duit tapi nak becinta = kdt card + pinjam orang = hutang

lama-lama becinta makin xde duit makin + hutang = hutang ++

bila da xleh nak handle awek + masalah hutang + kepala serabut = dekat2 nak break dah ni

bila da break = hutang bertimbun + kepala serabut + hati bekecai

maka kesimpulannya, perkaitan cinta = duit adalah ada duit ada cinta, putus cinta hutang bertimbun....

perlukah kita bercinta seandai begini zalim dan sadis natijahnya????

tunggukan kemunculan "lelaki = penanggung"


p/s: naseb baek maklang baik, dia sayang pakteh, so dia xkan biarkan pakteh jd mcm ni kahkahkah!!!!?????

kenapa siri 1

nak diceritakan sejarah perjalanan hidupku rasanya xprelu la
aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana
ayahku seorang pesawah, makku plk xkeje sbb anak diorg ramai, xdak yg nak jaga
aku belajar pandai maybe sbb usul keturunanku orang-orang bijak kot

aku masuk ke seratas 1997 tingkatan 1
masa tu aku gembira gila sedih pun ada sebab aku kna dok jauh pada mak
aku ni anak manja, kalo kena marah aku nangis je
kalo x nangis aku merajuk
tapi adik aku nye rajuk lagi kaw2nye....
sbb dia penah bakar kelambu nak bunuh diri...kahkahkah

dalam diri aku ni sentiasa ada semangat untuk mencuba
pada aku... kalo aku x cuba aku sampai bila pun xkan tau apa yang org rasa
so setiap mende yang ada dalam dunia ni aku nak cuba
masa di sekolah... aku dok tengok senior2 isap rokok...
so dlm hati da tekad.. stat form3 aku pun isap la rokok
masa tu aku da nak masuk level senior, so aku blh la jadi raja

1st tym kantoi isap rokok, kena taruk kaw2nye...
dari 1 blk ke 1 blk aku kena 'tabuh'
melelong jugakla aku balik bilik aku...
tapi aku x repot pun kat cikgu sebab aku mcm rasa aku bersalah
tapi aku ni jenis yang x penah nak amik iktibar
so aku truskanla dengan xtvt menjahanamkan paru2 aku tu

naek form4, aku da mula nak fly....
sebab rokok aku da nak kena cr stok
aku da jd perokok tegar
rasanya nafasku lebih kuat bau berbanding cikgu mat ros...
aku siap bangga lagi kalo ada orang tegur bau kuat sbb konon aku hero la
masa form 4, aku kantoi dengan cikgu aziz..
cikgu ni bengan kat aku sbb aku x suka dia...
aku siap tukar kelas n aliran pilihan sbb aku xmo dok kelas dia
nasib baek ada peluang untuk masuk blk teknikal... kalo x aku jd doktor haiwan la skrg

kantoi 1st ni lpas aku blk dr kampung
atuk aku meninggal... aku balik kg lama gak...
masa balik tu, aku blk dgn arwah pojie....
jln kat tepi turf, ada cikgu bakhtiar dok ajar bdk2 main hoki...
nasib baek dia x bukak beg aku masa tu.. wpun ada cita2 dia nak wat gitu...
kalo dia bukak... jahanamla LM aku 3 kotak

minggu depan mak ayah aku mai sekolah...
aku kantoi dengan cikgu aziz isap rokok sambil main terup...
masa tu aku nangis macam mati mak....
aku rasa besalah gila...
mak aku ibu yang tabah... dia masih tetap mendoakan kebahgiaan
dia mintak aku berubah... dia bagi selai kain pelikat tok wan,
kata dia supaya semangat tokwan yang baik tu lekat kat aku...
errmmm...

next tym la sambung weh....
"bergenang air mata ini"(dalam irama lagu ukays)

NEW BLOG

now pakteh de bukak blog baru
blog baru ni khusus untuk ngesahkan perjalanan trading pakteh
n kat situ jgk de kesah2 mengenai ilmu2 baru dalam trading
jangan lepaskan peluang untuk belajar
kat sini ade yang menarik and uol boleh create income as much as uwant and u can
selamat meneroka ye

http://unclassifiedtraderszone.blogspot.com

nanti check this link
pakteh rasa not broken yet...
kahkahkah

serabut

aku serabut... xsepatutnya aku jd serabut pun... tapi mungkin aku da xdpt nak pendam lagi... tapi biaqla dia terkubur bersama2 ilusi mimpi ngeri aku... kalo blh aku xmo pk apa2 dah yang merunsingkan palaotak aku... tapi ntah camna, maybe ada hikmahnya aku masih pk kot...
sekian dulu warkah keserabutan ini...
kahkahkah

OTAK

Pada pendapat korang kenapa tuhan bagi kita otak, hati, dan nafsu? korang cubela bagi pendapat korang weh...

berapakah harga isterimu...?????

Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak....

Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih...
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"