SOLAT SUNAT TAUBAT Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb... Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih. Lafaz Niat Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Doa Sujud terakhir rakaat kedua. Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Istighfar-Istighfar 1. 100 kali Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, 2. Tiada had 3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini Doa Taubat
Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.
Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.
SOLAT SUNAT HAJAT Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat." NIAT SOLAT HAJAT
Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.
Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.
"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.
Doa Solat Istikharah
0 comments:
Post a Comment