Unclassified_Page

this is unclassified... do not leave this page until u read it... or u'll have a short life... kahkahkah... no lah la.. just kidding

Menjaga Kerahsiaan rumah tangga

Rumah tangga perlu dibina berasaskan kepada nilai-nilai murni yang cukup sempurna kerana rumahtangga yang sempurna dan bahagia akan mampu menjamin lahirnya suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak yang berkualiti. Untuk itu seharusnya suami isteri membuat persediaan secukupnya berkenaan ilmu rumahtangga untuk diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga. Betapa tidak, rata-rata ibu bapa tidak begitu serius dalam mengendalikan urusan rumah tangga mereka. Cukuplah sekadar menyediakan makan pakai serta menguruskan persekolahan anak-anak tanpa mementingkan unsur kasih sayang dan merapatkan hubungan antara kesemua ahli keluarga. Kesannya berlakulah kes perceraian yang bukan sahaja melibatkan golongan muda bahkan yang sudah tua. Malah yang lebih menyedihkan, kerosakan rumah tangga ini menyebabkan pelbagai isu serius timbul seperti penderaan terhadap isteri, anak, sumbang mahram dan seumpamanya.


Mengawal Sikap

Kebijaksanaan suami isteri dalam mengendalikan rumah tangga adalah aspek yang paling penting dalam menjaga kerukunan sebuah keluarga kerana di antara unsur yang boleh mengganggu hubungan kasih sayang ialah kegagalan pihak suami atau isteri dalam menjaga rahsia rumahtangga di mana banyak sekali rumah tangga yang kucar-kacir disebabkan suami atau isteri yang bersikap suka menjaja dan menyebarkan rahsia pasangannya kepada orang lain.

Hakikat Rahsia

Hakikat rahsia rumahtangga yang dimaksudkan sebenarnya adalah terbahagi kepada beberapa bentuk yang perlu diketahui kedudukannya seperti:

1. Rahsia khusus:


Rahsia-rahsia khusus adalah hal peribadi yang diminta secara khusus oleh suami atau isteri kepada pasangannya supaya dirahsiakan. Iamam al-Ghazali ada mencatatkan di dalam kitabnya Mukasyafatu al-Qulub tentang beberapa tafsiran ulama mengenai perintah Allah kepada orang-orang mukmin supaya menjaga dan di mana antara amanah itu ialah “satu perkataan atau ayat” yang diamanahkan supaya dijaga dan dirahsiakan. Maka wajib menjaga amanah tersebut. Begitu juga sesuatu yang dibisikkan kepada pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara mereka berdua, maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga.

2. Rahsia Yang Menyentuh Keselamatan:

Mungkin ada orang yang memusuhi pasangan kita berniat jahat dan hendak mengkhianati dan menganiayainya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta daripada kita segala maklumat, latar belakang dan sebagainya. Dalam keadaan ini kita sebagai pasangannya harus cerdik dan bijaksana. Tersalah memberi maklumat kepada musuh sesungguhnya akan mengundang bahaya kerana sejarah ada mencatatkan tentang kisah isteri Sam’un al-Ghazi yang mendedahkan rahsia kekuatan suaminya kepada pihak musuh hingga menyebabkan nyawa suaminya terancam. Oleh itu janganlah terlalu jujur atau memberi segala maklumat sehingga mendedahkan “rahsia” keselamatan pasangan. Seboleh mungkin cubalah mengesan helah orang yang berniat jahat terhadap pasangan melalui tutur kata atau perilaku mereka.

3. Rahsia Harta Benda:


Harta benda dan kewangan pasangan juga adalah rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh isteri. Dalam hal ini, isteri terutamanya yang berfungsi sebagai pengurus rumah tangga tentulah orang yang paling berperanan dalam menjaga rahsia rumah tangga yang dibina kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah.” (at-Thabrani)

Dalam konteks ini, rumah tangga dan segala isinya adalah dikatakan “harta” dan benteng rahsia keluarga. Adalah menjadi tanggungjawb suami isteri menjaganya dengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu, Islam melarang keras orang yang mencuri-curi pandang ke dalam rumah orang lain tanpa mendapatkan keizinan daripada tuan rumah. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Jika ada orang yang menjengok-jengok rumahmu tanpa izin, lalu engkau melontarkan batu kepadanya sehingga pecah matanya, tidaklah engkau berdosa.” (Bukhari dan Muslim)

4. Rahsia Bilik Tidur:

Inilah rahsia yang paling utama dan benteng terakhir rahsia rumah tangga di mana rahsia yang berkaitan hubungan kelamin suami isteri ini hendaklah disembunyikan dan hanya menjadi rahsia antara pasangan kerana adalah haram dan berdosa hukumnya sekiranya salah seorang dari pasangan menghebahkan hubungan mereka kepada pengetahuan, pendengaran dan penglihatan orang lain meskipun anak-anak sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktu waktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur.

5. Rahsia Berhubung Soal Maruah:

Maruah melibatkan aurat, aib dan kelemahan seseorang. Firman Allah S.W.T. yang maksudnya: “Adapun wanita wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka.” (An-Nisa: 34)

Dalam hal ini banyak perkara boleh berlaku sekiranya pasangan gagal menjaga maruah dirinya seperti:
i. Isteri atau suami berlaku curang terhadap pasangannya.
ii. Pasangan mencari hiburan di luar rumah.
iii. Pasangan menduakan suami atau isteri.
iv. Pasangan menceritakan rahsia rumah tangganya kepada orang lain.

6. Rahsia Berhubung Nafkah:


Dalam hal ini suami adalah wajib hukumnya untuk memberi nafkah atau perbelanjaan untuk isteri dan anak-anaknya. Pemberian ini adalah mengikut kemampuan, tidak sampai dilabelkan sebagai suami yang bakhil dan kedekut atau pun suami yang terlalu boros dan bermewah-mewah. Pokok pangkalnya seseorang itu wajib memberikan nafkah menurut kemampuannya. Oleh itu permasalahan sara hidup hendaklah dibincangkan sebaiknya dengan pasangan agar tidak menganiayai diri sendiri, isteri mahu pun anak-anak. Malah elakkan daripada menjadi topik perbualan atau pun umpatan orang lain lantaran kegagalan kita menyimpan rahsia tersebut.

Jika Sudah Terpaksa

Sikap saling memahami dan berlapang dada (sabar) adalah yang paling utama mesti ada di dalam jiwa setiap individu yang menjadi suami atau isteri. Tidak seharusnya mana-mana pihak, suami atau isteri bertindak meluahkan perasaan dan menceritakan rahsia pasangan kepada orang luar sebelum cuba menyelesaikan masalah itu dengan jalan perbincangan melainkan tidak ditemui jalan penyelesaian lain sehingga rahsia rumah tangga terpaksa diluahkan kepada pihak ketiga.

Contohnya sebagaimana peristiwa yang telah berlaku di zaman Rasulullah SAW di mana seorang wania mengadu kepada baginda bahawa dia telah dipukul oleh suaminya. Pada awalnya, Rasulullah memutuskan bahawa suaminya boleh dikenakan qisas (pukul dibalas pukul), tetapi pada ketika itu juga telah turun wahyu yang membolehkan suami memukul isterinya dalam keadaan tertentu iaitu dengan tujuan mendidik (bukan memukul untuk menyakitkan atau memukul kerana geram). Secara tidak langsung, wanita tadi telah membocorkan rahsia rumah tangganya dengan menceritakan keburukan suaminya kepada pihak ketiga iaitu Rasulullah s.a.w.

Maka dalam kes seumpama ini, tidak menjadi kesalahan bagi isteri (atau suami) untuk membuka rahsia rumah tangganya kerana ia dibuat demi kepentingan atau kebaikan rumah tangga itu sendiri. Iaitu apabila timbul masalah dalam hubungan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan melalui perbincangan bersama, dan pihak suami atau isteri merasakan bahawa dia sudah tidak mampu menghadapinya, maka satu jalan penyelesaian perlu diambil dengan melibatkan ‘orang luar’, dengan kata lain, rahsia rumah tangga terpaksa dibuka ke pengetahuan seseorang. Maka beberapa perkara harus diambil kira iaitu:

i) Merujuk Kepada Orang Yang Sesuai

Andainya sudah bulat tekad untuk membawa soal dalaman rumah tangga kepada orang lain, maka haruslah dirujuk kepada orang yang tepat kerana bukan sebarangan orang boleh menjadi tempat mengadu masalah apalagi jikalau ia melibatkan perkara sulit. Maka pastikanlah bahawa orang yang diadu itu adalah orang yang amanah, boleh dipercayai, memiliki sifat adil mudah dipengaruhi emosi, tenang dan berwatak pendamai. Jika tidak, dia mungkin menjadi penghasut dan pengusut masalah. Tidak kira sama ada ia merupakan teman rapat atau pun seorang kaunselor yang berpengalaman, yang penting di boleh membantu dalam memberi pandangan dan nasihat, atau menjadi orang tengah dalam membetulkan hubungan dua hala antara suami isteri yang tergendala.

ii) Membuka Rahsia yang sesuai

Kita harus ingat bahawa orang yang diadu itu tetap merupakan ‘orang luar’ dalam konteks sesebuah rumah tangga. Oleh itu apa jua rahsia yang mahu diceritakan kepadanya harus dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jangankan disebabkan pengaruh emosi, kita membuka segala rahsia pasangan.

iii) Merujuk kepada Hakam

“Hakam” adalah wakil daripada kedua-dua pihak suami dan isteri di mana pihak lelaki diwakili seorang hakam, begitu juga dengan pihak wanita. Adakalanya mahkamah sendiri yang akan melantik hakam tersebut di mana kedua-dua hakam ini berfungsi sebagai pendamai untuk membantu menyelesaikan kes yang dihadapi. Hal ini disebutkan melalui firman Allah SWT yang maksudnya:
“Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari keluarga perempuan.” (An-Nisa’: 35)

Kedua-dua hakam ini akan melakukan ‘soal selidik’ ke atas suami atau isteri dalam sesi berasingan, untuk mengetahui punca dan kedudukan masalah. Di sinilah pentingnya peranan hakam yang dipilih itu yang mesti memiliki sifat sebagai orang yang boleh dipercayai, bijaksana dan adil, boleh menyimpan rahsia, bijak bertindak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dalam hal ini, suami mahupun isteri harus memberi kepercayaan kepada hakam di mana sedikit sebanyak rahsia rumah tangga mereka terpaksa diluahkan. Kemudian kedua-dua hakam ini akan bertemu untuk mencari penyelesaian. Andainya didapati tidak ada lagi titik temu antara kedua-dua suami isteri, kedua-dua hakam harus sepakat untuk membuat keputusan memisahkan mereka dengan cara baik di mana ia perlu dirujuk kepada mahkamah.

iv) Merujuk kepada mahkamah

Ini merupakan peringkat terakhir di mana jalan penyelesaian melalui perbincangan dan melalui kaunselor atau orang tengah “hakam” tidak lagi membuka sebarang harapan untuk perdamaian. Di sini mahkamah boleh membuat keputusan ke atas masa depan rumah tangga tersebut di mana rahsia rumah tangga terbabit terpaksa disingkap di hadapan hakim atau mahkamah.

Mengambil Iktibar:

Teladanilah kisah-kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. seperti kebijaksanaan saiditina Khadijah r.a. dalam menjaga rahsia kerasulan Rasulullah iaitu selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’ di mana beliau telah bertindak bijak dengan menceritakan peristiwa itu hanya kepada orang tertentu untuk mendapatkan pandangan dan tidak merujuk kepada sebarangan orang tetapi memilih orang yang telah dikenal pasti layak menjadi tempat rujuk dan boleh menyimpan rahsia. Orang itu adalah sepupunya sendiri, Waraqah bin Naufal, seorang alim yang masih berpegang pada ajaran tauhid. Rahsia ini disimpan kemas sehinggalah Rasulullah s.a.w. sendiri menerima perintah untuk pergi ke tengah masyarakat menyampaikan amanah wahyu yang diterimanya.

Kesimpulannya, biar apa pun masalah yang dihadapi termasuklah hal rumah tangga, selaku seorang Islam hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan memohon bantuan daripadanya. Kerjakanlah solat istikharah dan solat hajat sebelum membuat apa jua keputusan agar diberi hidayah dan kekuatan. Di samping itu ambillah iktibar daripada hitam putih kehidupan masyarakat sekeliling kita. Bak kata pepatah “Yang baik, jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

malu malu sayang



hendak ku merayu tahu ku tak tahu

luka melukai hatimu
katalah padaku rahsia dihatimu
jangan malu kepadaku
hahahai hahai....

lahirkan dan lahirkan
curah perasaan tapi lidah kelu mengapa
aku tak mengerti lagak bagai benci
mungkin hati telah setuju
mengapakah kau masih malu-malu

tunggu jangan tunggu
rindu kau merindu
nyata dihasrat dihatimu

hai andai bunga kembang
seri wahai kumbang
jangan malu-malu sayang

PTD

salam namaste....
lama dah aku xhapdet blog ni...
xtau nak cerita apa la kat kawang2....
actually banyak gak menda nak crita neh...
tapi mengambil langkah berhati2...
takut nanti tekena plak atas batang idung cakap kosong...
so kena tunggu je la untuk cerita bahgia tu lepas raya nanti...

haaa....
tapi ada menda nak crita pasal exam ptd aritu...
aku 08/08/09 aritu gi amek exam
pegawai tadbir dan diplomatik gred m41...
ni exam yang dah kali keberapa aku amek ntah....
sebelom ni aku wat memain je exam ni...
1st tym wat memain dapat gak aku gi PAC....
tp dek kerana frust dgn pac aku wat memain lg tuk exam yg lelain...
tapi kali ni aku wat btul2 la...

malam sebelom exam aku lepak study dgn nazul...
mcm besala kami study....
di meja snuker...
mendapat 'restu' melepaskan gian....
sbb lama gak xmain setelah macam nak insap sket...
aku balik umah pun da kol 1 lbh...
dok tunggu org tu naik bas sampai ke idak lg...
pastu blk umah begayut bagai la plk....
sampaila mencecah jam 3...
barula aku dapat merehatkan diri....

esoknya subuh2 dah ada org miskol 2 3 puluh kali...
seperti biasa...
bagus gak, at least xdakla asek tekantoi ja subuh aku...
subuh dinasour da lama dah...
skrg ni subuh pun maseh dalam waktu lagi la...
ALHAMDULILLAH...
semua tu sangat memberi ketenangan jiwa padaku...

lepas tu aku pun pi la opis jap...
jumpa dgn 'bos' aku abg man...
roger sket kat dia aku nkgi exam...
pastu trus gerak gi putrajaya...
sebab aku nak kena cari tempat exam tu...
aku pun xjoinla bg man dgn aktiviti pagi2 kami ngeteh...
setakat sebulan ni...
tiap2 pagi bersarapan bersama neh...
dulu mana nak ada...
bangun da kol berapa...
adakah ini perubahan 'positif' dalam diriku....
kahkahkah...
tapi yg xberapa positifnya...
tiap2 pagi menu dia kalo x ns lemak, roti canai...
jahanam gak kalo dok berlangsung lebih lama...

kehkehkeh...

masa exam aku yg sebelom ni kalo dapat paper within 15 minit da siap...
kali ni amek masa agak lama sket...
sebab bagi penekanan sket nak menjawab soalan...
soalan paper A pengetahuan am...
adush... memang kena banyak baca paper la...
kalo x memang jahanam...
naseb baekla ada sket2 pengetahuan...
paper B lak matematik n logik...
dengan jayanya aku menjawab....
sedaq2 tinggal 10 minit...
tapi ada lagi 20 soalan lom setel...
apa lagi, aku pun buat2 mcm gelisah sket...
rupa2nya soalan bahagian belakang tu senang....
herrmmm... tu la cikgu aku dulu pesan baca dulu soalan skali lalu...
xpun kat depan buku soalan kan ada...
'sila semak soalan sebelom menjawab'
masa menyemak tu la masa nak tengok bahagian soalan mana yg senang...
yang tu jawab dulu...
tym ni pandai lak cakap ek???
kahkahkahkah...

paper C lak soalan pemahaman essei...
soalan bm n bi tingkatan 3....
boleh jawab lagi kot...
tapi agak sukar sebab english aku ni hampeh sket...
pastu benti gi makan...
belasah nandos wak aritu....
memang hot la org tu dengar...
sbb masa dgn nazul belasah mcd pun dia da hot...
kahkahkah...
tym dgn dia mkn warung tpi jalan ja...
tym aku sorg2 nandos bagai....
(tp aku ganti blk la bwk dia gi kenny rogers lepas tu)
so, fair n lovely ya....
semayang jap kat presint 9...
pastu masuk blk dewan...
(actually bilik derjah ja pun)

paper D essei BM...
aku critala pasal H wang N wang nye prevention...
dok asek mengarang neh...
sambil2 dok usya awek free hair depan aku tu...
awat dia dok tengok kat aku....
zip aku x tutup abeh ka...
aku pun amek langkah berjaga2 nak kaver aku cek la...
xdak pulak...
pastu aku tgk balik kertas soalan....
rupa2nya dia mintak 300-500 perkataan ja...
owh patutla dia usya semacam ja...
pastu aku pun wat penutup n letak pala atas meja...

paper E plak essei BI...
kali ni aku cek dulu la berapa perkataan...
dia mintak 200-300 ja...
owh, sikitnya...
aku pun ngarang la pasal recycling...
propose to government method to educate public to recycle...
dok ngarang2 dalam 15 minit....
banyak gak la...
pastu aku pun wat ending n aku pun bagila kertas kat penjaga tu...
aku pun blah...

actually ada menda berlaku di celah2 paper D n E...
tapi rasanya xperlu dikongsi lagi wat masa ni...
next tym la kita kongsi ya...
yang pastinya semua berjalan dengan lancar dan aman...
untuk org tu...
xpala, exam kali ni ada problem...
next tym amek lagi...
xrugi pun kita berusaha...
okies see me at next entry k...
gud bye
kahkahkah






kesibukan & cik senah

salam to alls....
sunyi sepi lak eh...
agak lama gakla...
tadi semnanya gi midvaley...
meeting dengan cik senah diC2...
dia pun tegur sebab blog da sunyi sepi...
so aku pun buat2 macam rajin la update blog di pagi2 hari ni...
kahkahkah...
xdak apa sangat la nak dicerita...
just 2 ari lepas demam teruk and still xberapa nak ok lagi...
pastu dok kalut dengan keja yang agak banyak...
sebelom ni blh dok relax sebab structural part...
belek2 drawing...
panggil tukang kayu n tukang besi...
pas kat depa...
xyah pi tengok pun kadang2...
mmg best... structure mmg aku salute aku nye tukang
tapi bila masuk bab architectural ni....
memang sakit pala...
bukannya susah pun...
kalo just ikut drawing n ikut ckp architect memang sangat mudah...
tapi masalahnya yg dok jadi problem...
bos aku tu pulak....
nak kena cari jalan cut cost supaya dia untung banyakk...
sekaligus mencerahkan peluang aku dapat bonus banyak sket tahun ni...
dia ingat buat jalan kot(diorg specialist external n roadwork)
nak pulak sub con aku ni...
asal aku order barang je trus redah gi buat...
siap xdan nk suruh...
kahkahkah... pastu salah...
aku pun kna la sound... "u org tdo ka kat site"
kahkahkah... kalo nk tdoq, bek aku blk tdoq atas tilam...
hermmmm...
aku apalagi mcm besa la...
satgi aku pi spray defect2 tu...
xcukup tanganku, aku pas kat bg man....
kahkahkah...
buat balik pastu nnt payment aku deduct kos...
sapa suh dok pandai2 pi buat....
pastu japgi sampaila benson 20 2kotak...
ari2 dok bg ubat suh aku 'jalan' cepat2...
hang mai la benson ka, dunhill ka, salem ka, djarum super ka...
bagi aku amek...
potong tetap aku potong....
tadi pun baru gi jumpa architect...
ada part yang boleh wat...
tapi ada gakla proposal yang ditolak n agak menghampakan bos aku la...
tapi aku ok ja... kahkahkah...
pening masa nk create proposal n isu untuk raise up ja...
raya ni xdapat bonus kaw2nye...
siapla besi wastage kat site tu...
ada kat 3 tan....
la ni scrapt pun 1tan = 1200.00
ni idea bg man....
kalo xdak ja... memang siapla...
kahkahkahkah...
yg ni green ligth dr bos pun da dpt...
cuma aku dok himpun nk bg banyak2 sket...
fewwwiittt!!!!!
aku kan pantang lepa tengok duit (ada org kata tu)
biaq pi la org nk kata apa pun...
asal aku jangan dok kikih harta orang...
aku xgadai maruah keturunan aku sebab duit sudah...
orait....
xsabaq nak tunggu bulan 12...
nanti paling lewat next update pun bulan 12 la...
kahkahkahakh

Muvi oh muvi

'aloha'... cewah ayat chating sangat....
seb baek bukan ayat cheating... kahkahkah...
herrmm... lama x dan nak tengok blog ni....
malam2 gi tgk wayang je keje...
xpun tdoq je kat umah...

tapi setiap muvi yg gi tgk tu mcm hampeh...
bermula dengan citer harry potter...
pastu ntah camna blh gi tgk lirik 7707...
kahkahkaha
mmg macam haram citer tu...
pastu smlm gi tgk mati suri...
lagila cam hampeh...
punya la tepengaruh dgn mamat jual tiket tu...
ade lak akak ni nk tgk gak...
nah... tgk la...
padehal nk tgk obsessed....
tapi tiket lak xde...
takut bosan xde mende nk wat...
so tgk gak la mati suri tu...
herrmmm.... macam hampehs....
kahkahkah...
skrg jadi kaki wayang...
patut mlm ni nk tgk pelham 123...
tapi ade lak nk kena setel 'hal lain'....
lagi la hampehs nye....
kahkahkah

peristiwa pagi ahad

penjenayah yg disyaki


peristiwa di pagi2 ari....
dengar samar2 bunyi bintul huda panggil..
pakteh..pakteh...pakteh...
pakteh... bangunla... abi suh bangun....

dua org kembar x seusia

pastu kedengaran bunyi pintu bilik tidurku ditolak...
kreeekkkk.................kek..kek...kek....
pakteh...pakteh...pakteh...
pakteh bangun la..
abi (panggilan utk abah dia) panggil makan ....

kak ya dgn ainul atas pakteh

pastu still aku wat bodoh je
sekali dia lompat ....
yahhhhh....!!!!!
gedebuk atas perut aku....
hadush!!! sakit siot...

bintul huda yg ckp pandai tu apa lagi...
pakteh ni apela nk jadi...
tdo bangun lewat...
(dia leterkan aku lak)
hampesh btul...

huda dgn uncle Brad


dulu tym belajar aku ske gila lagu ni... now pun ske gak..

Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya

Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita

Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

( korus 1 )
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

( korus 2 )
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa

Mengapa Dirindu


jangan takat dengar je.... amek paham

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

mati hidup semula


ni budak mana la ni... kahkahkah

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula

api.....

kahkahkah...
tengok pada tajuknye....
macamla best sgt...
semnanya nk crite pasal dinner malam ni...
mak aih, tadi blk drpd keje yang memenatkan...
cewah.. (padehal keje sampai kol 5 je, saja gatal malas nk balik umah)
sebelom kona masuk ke umah...
aku kona la pi kedai kegemaran student2 cni..
aku pun yg da ditahap bersamamu ni pun...
pi la join... (tingat jaman muda2 dulu)
makcik yg jaga kedai ni makaih...
pokek gilo nogoghi dio...
sampai xpaham den kadang2...
situ rupa2nya ada menu ikan keli malam2 ni...
dulu aku xminat sangat...
semenjak aku dok berpeleseran di parit raja...
jadi berminat lak kat ikan ni...

ni ikan yg bakal dimasak

ni nak cita psl api ni...
aku pun da tingin, mintak la msk sambal ikan keli...
menyelerakan n x lupa ada sambal tempoyak...
yang tu penaik selera, xdak pun blh je mkan...
tapi kalo ada, mau 3 4 pinggan aku sentap...

ni la penyiksa perutku.... cukup pantang nih

balik umah aku pun makan la
dengan bestnya...
dok dlm ekon letak la atas meja jepun yg kenek ni...
sambil dok tengok astro..(tv ni org punya) kahkahkah
aku dok belasah2 punya best...
sekali tgk nasik da nak abeh...
lauk pun da abeh...
memang ngam2 la...
aku bab makan ni mmg bajet2 lauk dgn nasik...
kahkahkah..(tp kdg2 telajak gak)
bila da ujung2 mkn tu...
ada mcm terasa something...
mak aih berapi mulut den...
rupa2nya yg aku dok mkn td sambal cili api...

ni la die penangannye

fuuuyyyyyoooohhhh!!!!
dek kerana lapar n sedapnye...
aku da terabai pantang larang...
mane leh bedal cili api kaw2...
memang sembelit la japgi....
adush.... aku siap berus gigi lpas mkn sbb da xtahan sgt...
ni perut pun da terasa...
aritu nye pun lom abeh...
ni lagi la nak cover yg ni xtau bila lak...
adush...
adush...
adush...