Assalamualaikum wahai para-para Isteri sekalian… renung-renunglah bersama semoga kita mendapat Balasan Syurga Allah… Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami. Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim) Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban) Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari) Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim) Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.” Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) So, kepada isteri-isteri yang rasa-rasa nak memilih tiket untuk ke Neraka, buatlah sesuatu yang boleh menjerumuskan diri anda ke NERAKA JAHANNAM…. wallahualam..
Tazkirah buat istri2.....
Bangun....
putus asa....
meskipun PTD dah mengguris hati....
namun pakteh masih lagi blom berputus asa....
beliau terus berusaha untuk menempatkan dirinya
di kalangan penjawat-penjawat awam yang lain...
cewah... ayat karangan ni beb....
aku pun terus la godek2 internet...
terjumpala offer cikgu mara...
ataupun nama saintifiknya
'pegawai pendidikan siswazah'
kah3....
ni nak menyambung kesinambungan.....
keturunanku sebagai warga pendidik....
adush....
tapi xpa... asal ada nekad dan usaha beserta doa....
insyaAllah berjaya...
bersempena dgn itu...
aku masuk lagu ni untuk korang dengar n amek paham...
betapa beratnya tugas dan tanggungjawab sebagai guru ni...
kah3... mehla weh dengar...
PTD lagi.....
lama dah xbercoret cerita2 basi...
ada yg dah basi sangat dah...
kalo pulut, mmg sengaja dibasikan...
sbb lagi sedap yg basi drpd yg elok....
(pulut basi=tapai) kahkahkah
2 3 ari lepas masuk la web SPA....
tengok ade dah result exam PTD yg aritu...
tengok 1st word pun da sangat mengguris....
dukacitanya lah sangat....
tetiba terasa nyesal lak sebab xbuat btoi2 masa PAC dulu....
ni dah amek exam byk kali pon xleh dapat lagi....
hancus...
RAYA
maaf zahir dan batin
raya aku tahun ni amat bermakna
terima kasih kepada mereka2 yang terlibat
kepada dia...
tq sangat2 di atas kesudianmu....
ramadhan
entah mengapa diri ini menjadi semakin panas...
selalu sangat nk marah org...
anger yg xbley nk control dah...
sket2 nk hot...
adakah ni yg dinamakan dugaan ramadhan...
ishk2... sampai peringkat bos pun kena sound dah...
hampes gak... maunya dibuang aku keja...
mampoih!!!!
besday kakak
maka aku pun bebuka la kat umah bg lan...
sekali dgn sedara mara kaksu...
xketinggalan kak2 aku n adik aku...
ni ade roll sket pic...
nk dijadikan alasan...
tgh dok best2 amek pic...
bateri lak abeh...
trus mapoih fon aku...
siot tul...
dugaan2...
ni besday girl bosan dok tunggu org bebuka
lambatnye nak potong kek
da siap tukar baju neh
kak ya pun tumpang sekaki
posing x hengat
kek yg telah berjaya dijahanamkan
balik kampung
ari jumaat aritu aku pun balikla ke kampong...
tu je la nk btau...
kahkahkah...
sungguh best membuang masa ya....
kahkahkah
Langkah-Langkah Memohon Petunjuk
SOLAT SUNAT TAUBAT Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb... Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih. Lafaz Niat Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Doa Sujud terakhir rakaat kedua. Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Istighfar-Istighfar 1. 100 kali Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, 2. Tiada had 3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini Doa Taubat
Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.
Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar. 
SOLAT SUNAT HAJAT Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat." NIAT SOLAT HAJAT

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.
Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.
"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.
Doa Solat Istikharah

